Isnin, 25 Oktober 2010

Festival Filem Malaysia ke-23

Saya baru saja habis menonton Festival Filem Malaysia yang ke-23, 2010. Banyak kategori yang telah dipertandingkan seperti biasa tapi pertandingan utama pastinya empat kategori yang di penghujung festival itu. Apakah kategori-kategori itu dan siapakah pemenang-pemenangnya…ya, inilah dia…

Filem musikal Magika dinobatkan sebagai filem terbaik yang diusahakan oleh tiga orang adik-beradik yang tidak asing lagi di tanahair kita iaitu Norman, Yusry, dan Edry. Wah banyak wang yang diterima untuk filem terbaik ni…nak tahu berapa jumlahnya…RM50 ribu. Saya belum lagi berkesempatan untuk menonton filem ini tapi masanya akan tiba juga. Dari klip-klip yang saya nampak rasanya filem ni bagus, apalagi kalau musikal. Filem ini dilakonkan oleh Mawi, Danilla, Ziana Zain, Ning Baizura, dan ramai lagi la…

Sementara itu Lisa Surihani dianugerahkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam filem Lagenda Budak Setan. Gadis berbakat besar ni bukan saja cantik tapi bijak. Dia ni ada BA Hons dalam bidang undang-undang dari London tapi jadi pelakon pula…bukan calang-calang tu…

Bront Paralae menjadi pelakon lelaki terbaik melalui filem Belukar. Nama ni nama baru bagi saya. Filem Belukar juga dilakonkan bersama oleh Daphne Iking. Daphne Iking pun menang juga sebenarnya untuk kategori Pelakon Harapan Wanita. Filem Belukar ni dicalonkan untuk filem terbaik tapi tak menang…belum tengok lagi wayang ni…nantilah…

Pengarah filem terbaik pula ialah Shamsul anak kepada Dato’ Yusuf Haslam. Orangnya masih terlalu muda dan kacak lagi tu . Basah kuyup muka dia apabila dia diumumkan sebagai pemenang…sebak katanya…dia tersedu-sedu semasa memberikan ucapan…ni memang kali pertama menang buat filem ni sebab tulah dia menangis-nangis macam bayi…hehehe…

Ya itulah anugerah-anugerah terakhir di Festival Filem Malaysia yang ke-23, 2010.

Tiada ulasan: