Wah...dah lama ni! Sudah tiga bulan saya mendiamkan diri dari menulis di blog Melayu ni. Kesiannya, macam dianaktirikan pula blog ini ya. Itulah juga ketakutan pertama yang saya ingat boleh berlaku sebelum memulakan blog ini. Inilah kalau ada dua blog, blog ini menjadi tidak aktif disebabkan saya lebih banyak meluangkan masa di 'simply my humble harbinger' blog tu. Tapi ok, saya akan luangkan sedikit masa saya untuk blog ini, pada hari ini.
Saya sudah hampir menamatkan percutian kolej musim panas saya di kampung yang tercinta, dan tentu sekali saya telah banyak meluangkan masa dengan keluarga saya. Selain daripada itu, saya berkesempatan untuk melawat sepupu-pupu saya yang tinggal di kampung yang berdekatan dan sempat bertukar-tukar cerita. Ada juga cerita yang mengejutkan dan ada juga cerita yang biasa didengar. Memang ada juga kemajuan sepupu-pupu saya ni. Bagus...
Tanpa saya ketahui, kakak ipar saya telah melahirkan anak perempuan yang sihat dan comel yang dinamakan Arissa pada dua setengah bulan yang lalu. Ini memang satu kejutan yang bagus. Saya gembira dengan anugerah Tuhan ini. Akan tambahlah lagi keriuhan di rumah keluarga kami.
Aktiviti yang paling saya suka semasa dalam percutian kali ini ialah, saya dapat meluangkan masa untuk membaca buku yang bertajuk "The Kitchen God's Wife" yang ditulis oleh Amy Tan dan juga majalah kegemaran saya iaitu 'Readers' Digest'. Banyak sekali yang saya dapat dari membaca buku dan majalah ini. Saya sudah memulakan buku yang baru pula.
Kamu tahu tak, saya ada masa untuk bersenam. Beberapa kali semasa dalam percutian ini, saya dapat bersenam dekat rumah saya dan juga di dalam rumah saya. Seronok bersenam tanpa ada habuk yang tebal bukan seperti di Pune, India. Situasi di kampung sangat menyegarkan. Boleh 'jogging' di padang atau kebun atau buat arobik di rumah.
Saya dapat juga berjumpa dengan kawan karib saya semasa di kolej dulu, Lollie namanya. Dia semakin hari semakin cantik dan matang. Syukurlah saya dapat berjumpa dengan dia. Saya mahu juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain tapi tak dapat sebab tempat mereka tinggal tu jauh dan sukar untuk dihubungi. Saya tak tahu nombor mereka.
Ya, memang seronok sekali percutian saya pada kali ini, memang selalu seronok kalau saya dapat balik kampung. Jadi, begitulah cerita percutian saya ni. Mungkin taklah seronok sangat kalau kamu baca dapat kalau kamu dapat rasakannya lagi seronok.
Saya akan kembali ke India pada malam esok tapi percutian saya belum habis lagi sebenarnya. Saya masih akan bercuti tapi percutian saya itu diteruskan di India. Harap-harap dapatlah kamu dengar lagi dari saya ya.
Ok, ini saja untuk kali ini.