Jumaat, 9 Januari 2009

cinta tiga segi??

Apa yang perlu ditulis hari ini ya??..biar saya fikir dulu...hmmm..oh ya, saya ada cerita pasal dua rakan sekelas saya, yang satu tu perempuan boleh tahan juga cantik dan yang satu lagi tu lelaki handsomeee dan pamos (famous) di kolej..memang pamos la sebab dia ni sangat berbakat dalam bidang muzik dan nyanyian dan hampir semua orang kenal dia la..jadi nahh ni lelaki handsome jatuh cintalah sama ni perempuan cute..hmmm...saling jatuh cinta. Mari saya panggil ni perempuan dengan nama Kathy dan tu lelaki Terrence. Nah..tadi saya cakap mereka ni saling jatuh cinta kan..tapi, pssttt..kedua-duanya sudah ada pasangan masing2...si Kathy memang sudah ada boyfriend dan si Terrence pun ada juga girlfriend..adiiii...macam mana ni? Napa boleh jadi macam ni? hmm...entahlah juga...

Macam mana si Kathy dan Terrence start hubungan mereka ya? hmm...saya sangat bertuah sebab kedua-duanya ni telah membuat pengakuan cinta mereka di hadapan saya dan juga beberapa orang kawan lagi..jadi saya dapatlah cerita first class mereka ni..


ceritanya macam ni..pada satu hari yang sangat tidak bertuah untuk si Terrence, dia mintalah nombor handphone si Kathy dari seseorang tapi nombor tu salah pula...entahlah sepa juga bagi dia nombor yang salah tu..hehe..nah, dia panggil pun kan salah nombor...tapi dia tidak putus asa tau sebab keesokkan harinya si Terrence pergi kelas dan memberanikan dirinya untuk bertanya nombor si Kathy...ini ialah antara perbualan mereka...

Terrence: Hai Kathy, saya panggil kamu kelmarin tapi teda orang jawab, betulkah nombor ni? {Si Terrence menunjukkan nombor yang salah tu kepada si Kathy..}

Kathy: Oh..nombor tu salah la...itu nombor lama yang saya tidak guna lagi..ini nombor saya yang betul..{si Kathy pun memberikan nombor yang sah betul kepada si Terrence.

Terrence: Oh..patutlah teda orang jawab sebab salah nombor..terima kasih yaa...

Kathy: Ok, teda masalah...

Terrence: saya bagi miss call untuk kamu ok..{dan dia bagilah miss call dengan si Kathy dan si Kathy pun save nombor itu}

Kathy: ok terima kasih ya..

Terrence: ok…ok……

Kathy: saya perlu pergi kerja sekarang...{si Kathy ni bekerja si salah sebuah company swasta-kerja sambil belajar}

Terrence: jumpa lagi nanti...

Kathy: ok..bye...{si Kathy meninggalkan kampus kolej}

Wah, dalam hati punyalah happy si Terrence sebab dia sudah dapat nombor si Kathy. Dua hari selepas itu si Terrence dapat panggilan telefon tapi bukan nombor handphone. Dia jawab panggilan tu, wah...ko tau sepa yang call? Si Kathy bahhh...dia guna telefon dari office untuk call si Terrence..aduuhh..happy bukan main lagi...dipendekkan cerita panggilan telefon ni menjadi rutin untuk kedua-duanya...si Terrence call si Kathy waktu awal pagi, jam 7.30m sehinggakan teman sebilik si Terrence ni terganggu sebab masih awal ba kan tu...Si Kathy pula buat panggilan dari office...ni scenario berulang-ulang. Pada suatu hari, si handsome Terrence dan cantik Kathy pun buatlah perjumpaan dan mereka bertemu…pertemuan mereka berterusan sehinggalah ke hari ini...

apa? pasangan mereka? oh..sangat menyedihkan..si Kathy punya ex-boyfriend sebenarnya handsome dan baik hati juga...ni saya dengar cerita dari sumber2 yang terdekat..saya pernah nampak tu ex-bf dia..memang handsome juga..kulitnya cerah dan pakai kaca mata...si Terrence punya ex-girlfriend pun cantik dan tinggi lagi tu..kulitnya pun putih cerah...mereka ni sudah lama bercinta, 3 tahun..eh, lamanya tu...mesti mereka ni sudah saling faham memahami..tapi aduhh kesian la untuk kedua-dua pasangan si Terrence dan Kathy sebab mereka dikecewakan...Si Kathy mau menerima cinta dari si Terrence jadi si Kathy ni pun terima la cintanya dan memutuskan perhubungan dengan boyfriend lamanya..sampai hati ko Kathy...begitu jugalah dengan girlfriend si Terrence, dia putuskan hubungan mereka yang sudah 3 tahun lamanya tu..adidi..sakit hati si gadis tu..tapi apa boleh buat, itu yang si Terrence mau dan gadis cantik itu pun terpaksa akur juga...

kesian kan...tapi entahlah..kadang2 orang buat keputusan macam ni sebab pentingkan diri sendiri dan memang ada juga yang setelah beberapa tahun bercinta mereka menyedari bahawa cinta mereka tidak akan ke mana-mana...tapi keputusan yang mendadak tanpa bau ni memang sangat sukar untuk diterima...bekas teman lelaki dan teman wanita ni memang sangat sakit hati kerana dikecewakan...saya simpati tapi saya tak boleh buat apa2 kan...kehidupan memang macam tu kadang-kadang...

sebelum si Terrence jatuh cinta dengan si Kathy, dia pernah jatuh cinta dengan teman baik saya, Imelda, yang juga rakan sekelas kami semua...tapi memang si Terrence ditolak bulat2 kerana Imelda tahu yang si Terrence kan ada girfriend waktu tu...hairan kan..tapi kesian2...

begitulah cerita cinta antara kawan-kawan sekelas saya ni...ada-ada saja...