Sabtu, 30 Ogos 2008

Praktikum

Sudah tiga hari saya mengajar untuk Praktikum di Spicer Higher Secondary School. Pelajar-pelajar di kelas Standard 6 baik-baik belaka. Tiada masalah disiplin yang serius, cuma nakal-nakal sikit saja itupun saya dapat kawal dengan baik. Penyampaian kandungan pelajaran saya mestilah bagus, tapi apabila sampai kepada aktiviti untuk pelajar-pelajar, mereka menjadi sedikit nakal. Aktiviti kelas membuatkan mereka berasa bebas kerana mereka boleh berinteraksi sesama sendiri. Mereka pandai mengambil kesempatan. Saya mengarahkan mereka untuk membincangkan satu tajuk tapi lain pula yang dibincangkan...haiyaaa....

Hari kedua praktikum saya, guru kelas untuk Standard 6C duduk di kelasnya untuk membuat pemerhatian. Selepas masa pengajaran tamat, guru kelas itu mendekati saya dan berkata, "Jovita, your teaching was good but I think you have to change your accent." (Jovita, pengajaran kamu baik tapi saya rasa kamu perlu menukar cara kamu bercakap dalam bahasa Inggeris) Maksudnya, saya perlu menukar accent saya untuk mengajar dalam bahasa Inggeris India...hahaha...bukankah lawak tu? hmm...tapi saya tidak akan menukar accent ni...Accent yang saya ada sekarang ni pun cukup baik. Tak payah ditukar-tukar lagi....kan...kan...

Memberikan tumpuan kepada pelajaran


Anak-anak sekolah harapan India


Pelajar-pelajar perempuan yang bijak pandai


Aishwarya (kanan) sedang menikmati makanan
bersama temannya

Isnin, 25 Ogos 2008

Praktikum

Esok, praktikum saya akan bermula. Saya akan mengajar Bahasa Inggeris untuk semua tiga kelas Standard 6 di Spicer Secondary Higher School. Menyediakan 'lesson plans' untuk kelas ini sangatlah membingungkan dan saya terpaksa memeras otak dengan sekeras-kerasnya untuk memuntahkan semua pengetahuan yang saya ada. Ini semua termasuklah membuat imaginasi di otak saya...penat tau...Ini 'lesson plan' saya yang pertama untuk praktikum di sekolah ini. Saya pasti lesson plan saya yang kedua akan lebih senang dan tidak akan membingungkan lagi.

Jumaat, 22 Ogos 2008

acara puji-pujian ditunda

Acara puji-pujian yang sepatutnya diadakan malam Jumaat ini telah ditunda ke hari yang sama minggu depan. Ini adalah untuk memberikan laluan kepada seorang tetamu penting yang akan berkhotbah di mimbar gereja Spicer malam ini. Saya sebenarnya gembira juga dengan penundaan acara ini kerana kami penyanyi-penyanyi belum bersedia untuk menyanyikan lagu-lagu yang telah disusun. Tambahan lagi kami perlu berlatih dengan pemuzik-pemuzik yang sangat bertalenta. Mereka telah menyusun muzik untuk lagu-lagu yang akan dipersembahkan, oleh kerana itu, penyusunan muzik mereka dan lagu-lagu kami perlu dilakukan dengan penuh hati-hati. Tak adalah sampai pitching lari....hehehe....

Selasa, 19 Ogos 2008

Acara puji-pujian dalam lagu

Untuk kebaktian pada malam Jumaat minggu ini, satu acara puji-pujian dalam lagu akan diadakan di mimbar Kolej Gereja Spicer. Saya adalah antara penyanyi-penyanyi yang akan bersama-sama memberikan puji-pujian di mimbar itu. Latihan untuk lagu-lagu yang akan dipersembahkan telah diadakan semenjak minggu lalu pada waktu malam jam 8. Pemain-pemain muzik yang akan bermain untuk lagu-lagu kami juga sangat sibuk dalam latihan mereka untuk memberikan muzik yang terbaik.

Saya akan postkan gambar-gambar yang akan diambil nanti sebelum dan semasa acara puji-pujian ini.

Gambar bersama teman-teman

Joshua,Ita,Raday,Moses,Jov,Ryan














Moses,Ryan,Raday,Joshua,Boy,Jov&Ita














Moses,Mille,Ryan,Yu,Joshua,Nani&Raday

Khamis, 14 Ogos 2008

sibuk terlampau

Sibuk...sibuk...sibuk memanjang sebab banyak assignment yang belum siap dan ada projek yang perlu dihabiskan tapi belum ada masa untuk projek ni. Lain lagi assignment yang baru diberikan dari pensyarah..pening juga...malam ini ada praktis menyanyi untuk konsert di Gereja Spicer pada Ogos 22 ini. Semalam pun ada praktis dan kena tidur lambat sebab lambat balik dari praktis. Aduhh..penat...saya bukan komplain cuma mahu berkongsi saja...

ba, beginilah hidup kan..adakalanya sibuk adakalanya tidak sibuk...

Khamis, 7 Ogos 2008

Ujian Marathon

Anda yang pernah belajar di university atau kolej, saya ada satu soalan penting. Pernahkah anda belajar untuk tiga ujian dalam satu hari dan ujian-ujian ini hanya ujian yang pendek tapi perlu juga persediaan yang rapi? Mungkin juga anda pernah melaluinya.

Ahhh...nahh..untuk pemberitahuan semua, hari ini saya ada tiga ujian dalam sehari..kepala sakit ni..berabis belajar konon..nasib juga selepas satu ujian tu saya masih ada masa untuk mengulangkaji untuk selama lebih kurang dua jam. Ujian kelas saya yang pertama ialah pada jam 8 pagi, ujian untuk kelas kedua ialah pada jam 12 tengahari, dan ujian terakhir sepatutnya dijalankan pada jam 3 petang tapi pensyarah tiba-tiba ada hal penting yang dia perlu uruskan jadi ujian itu telah di ubah ke tarikh yang lain...mungkin esok. Dia tidak sempat umumkan tapi kalau bukan esok, minggu depan masih akan ada ujian sebab ujian untuk kelas ni diadakan setiap minggu...nahhh...baru tau si Jovita..kena belajar macam gila babi la ni..hehehe...nasiblah otak saya ni ada short term memory bilang inggilis...