Khamis, 31 Julai 2008

Drama Korea

Walaupun saya sibuk dengan assignments yang membuatkan kepala saya sakit ni tapi saya masih ada masa tengok satu drama Korea yang bertajuk "Love Story in Harvard"....ya tu dia..masih sempat menonton drama ni sebelum saya buat assignment atau selepas membuat assigment. Tapi saya belum menghabiskan semua episod ni..tunggulah selepas saya menghabiskannya yaaa...plot drama ni bagus juga...pelakon-pelakonnya macam biasa..handsome-handsome dan cantik-cantik belaka...kalau tak caya korang tengoklaaa....

Selasa, 22 Julai 2008

Blogger dalam Bahasa Melayu

Wah...ni sudah bagus sekali. Sekarang blogger sudah ada versi dalam Bahasa Melayu. Semakin hari semakin bertambah maju blogger ni ya. Ada saja perkembangan terbaru yang saya kira memang sesuatu yang bagus. Jadi, mulai hari yang ia dilancarkan oleh blogger.com, kita sudah ada blogger dalam Bahasa Melayu dan bolehlah mereka yang mahu menulis blog, menulis dalam Bahasa Melayu.

Tapi aduhhh..saya mahu berpindah ke blogger Melayu. Sekarang ni saya menggunakan blogger Indonesia. Bolehkah saya berpindah ke blogger Melayu, macam mana ni? Tolong saya, boleh tak?

Isnin, 21 Julai 2008

Spicer Memorial College

Bangunan Utama





Pengkhotbah Korea-Amerika

Untuk perhatian: Sabat lalu tiada pengkhotbah yang bersemangat sampai berapi-api dan berteriak-teriak semasa berkhotbah kerana pengkhotbahnya ialah seorang yang lembut yang berbangsa Korea-Amerika dari Andrews University, Michigan, America Syarikat. Dia bukan sahaja menyampaikan khotbah yang sangat memberikan inspirasi tetapi juga menaikkan semangat kerohanian saya. Bahasa Inggeris yang dia gunakan juga sangat jelas dan mudah difahami yang saya kira budak awal belasan tahun juga boleh memahaminya.

Dari petikan khotbahnya antara lain menyatakan bahawa “memberi pujian kepada Tuhan, berdoa kepada Tuhan dan mempunyai hati yang telus untuk Tuhan akan membuatkan hati kita gembira untuk segala tujuan pujian kepada Tuhan.” Bukankah pelajaran ini sangat mudah untuk difahami dari pengkhotbah yang tidak berteriak-teriak macam terkena belacan?

Saya sangat diberkati dan berterima kasih dengan pengkhotbah ini dan juga peluang yang diberikan kepadanya oleh gereja Spicer sebelum dia berangkat kembali ke pangkuan keluarganya di Amerika Syarikat semalam. Tuhan akan sangat memberkatinya!

Rabu, 16 Julai 2008

Pengkhotbah India

Saya selalunya berasa sangat gembira apabila tibanya hari Sabat di India, tetapi itu tidak bererti yang saya selalu berasa gembira dengan acara gereja di sini. Terus-terang saya mengatakan bahawa acara-acara gereja di sini terlalu lambat, konservatif, dan sangatlah membosankan. Seringkali acara-acara gereja ini tidak berjaya mengundang anggota-anggotanya untuk mengikuti acara-acara yang sedia ada. Kadang-kadang pelajar2 yang hadir pun bukan disebabkan oleh acara-acara gereja tetapi hanya untuk menampakkan muka mereka dan mengikut peraturan asrama. Sangat menyedihkan sekali bukan??

Bagi saya, satu perkara yang sangat kurang menyenangkan di gereja Spicer ini ialah pengkhotbah yang berteriak seakan-akan Tuhan tidak mendengar dan seakan-akan orang di gereja tidak mendengar. Yalah...minta perhatianlah tu tapi sakit telinga saya dengarnay..bukan main lagi tau. Ni pengkhotbah orang-orang India selalu buat begini. Selalunya kalau ada pengkhotbah yang berteriak-teriak semasa berkhotbah saya tutup satu telinga...biarlah saya tidak dengar dengar jelas tapi kalau dia berteriak masih boleh dengar tau...masih jelas lagi..hmm...aiyoo...kesian telingaku ni...

Selasa, 8 Julai 2008

harijadi - 7 Julai

Syukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya kesempatan untuk meraikan harijadi saya sekali lagi pada tahun ini. Dan saya dapat meraikannya di sebuah restaurant yang dinamakan Thomson Restaurant yang tidak berapa jauh dari rumah sewa saya. Memandangkan saya sekarang ni sedang belajar di India, jadi hanya kawan2 terdekat saja yang sempat hadir. Ini ada beberapa shot yang diambil semasa harijadi tu.

aiskrim


kari sayur campur, ayam masala, kacang pea


nasi telur biryani

Sabtu, 5 Julai 2008

hari sabat

Pagi2 hari ni saya dan kawan serumah pergi ke gereja. Hari Ibubapa diraikan di gereja Spicer College dan antara item yang ada di dalam program ialah, lagu istimewa dari pelajar2 Vidya Valley, slot testimony dari anak2 untuk ibu bapa mereka dan pemberian bunga ros untuk ibu bapa. Slot testimony tu memang mengharukan juga. Taulah saya ni emotional orangnya, berjaya juga mereka membuatkan saya menitiskan airmata.

Tapi keseluruhan program ini sedikit membosankan dan terlalu panjang sampai jam 1pm...adoiii...Setelah tiba di rumah, band di dalam perut sangatlah meriah minta dihiburkan dengan makanan tapi belum ada makanan yang sudah dimasak jadi terpaksa sayur-sayurannya dipotong2 dan dimasak, selepas tu barulah kami dapat makan...hehehe...lega lepas makan...

Selepas makan tengahari, kami menonton konsert Heritage Singers. Saya dan kawan serumah memang sangat suka dengan konsert ini tapi sebelum konsert itu berakhir kami berdua sudah mengantuk..jadi tidurlah kami berdua sampai hampir jam 6 ptg..

Selasa, 1 Julai 2008

biasa-biasa je

Nahh….setelah sekian lama dalam pertimbangan dan penantian (aduh..macam dlm drama Melayu cerita cinta pula) maka dibukalah blog bahasa Melayu saya yang pertama yang saya memang tulis dalam Bahasa Melayu jugalah. Selama ni saya mempunyai blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris (http://msjovettpgwn.blogspot.com) sejak Feb, 2005 dan saya masih meneruskan penulisan blog itu dalam bahasa Inggeris.

Memandangkan saya ni ramai juga teman2, sahabat2, saudara-mara, sepupu2 yang penguasaan Bahasa Melayu mereka lebih dominan dan mahu membaca blog tapi dalam bahasa Melayu juga, oleh yang sedemikian atas pertimbangan yang mendalam (aiseymen...) blog ini berjaya diwujudkan. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini dapatlah kalian semua mendapat berita terbaru daripada saya atau sekadar berkongsi pendapat. Aduh...bukannya senang ada dua blog tau...takut2 blog saya yang satu tu pula akan terabai jadi saya mesti aktif menulis untuk kedua-duanya sekali la kan.....

Saya ni memang suka menulis sejak dari sekolah rendah lagi. Kalau guru bahasa Melayu suruh tulis karangan tu, nahh memang saya sukahati besar la tu, apa lagi kalau cikgu bagi 'tajuk bebas' maksudnya apa2 tajuk pun boleh ditulis nahh, di situlah saya berhabis-habisan menulis. Tapi kan saya dah lama tidak menulis dalam bahasa Melayu. Ini kes janggal ni. Harap2 bahasa Melayu saya ni tidak lintang-pukang...bukan macam saudara Mickey tu yang pakar dalam bahasa Melayu. Saudara Mickey, blog kamu memang saya salute dan saya suka penggunaan bahasa yang anda guna.

Blog ini ialah blog peribadi yang akan mengandungi pelbagai perkara dan segala apa saja yang saya lalui seperti pengalaman pahit dan manis, luahan perasaan, kejayaan dan kekalahan, pendidikan, kanak2, hiburan dlm bentuk muzik dan movie, keagamaan (Kristian), percutian, keluarga, kawan2, isu2 semasa seperti politik dan apa2 sajalah yang berkenaan. Jadi kalau anda berasa seperti tersinggung, marah, tidak puashati, atau gembira setelah membaca isi kandungannya anda bolehlah bagi komen. Boleh saya bagi penjelasan.

Aduh..panjang dah ni..nah mulalah tu melalut. Ok, saya berhenti di sini dulu…nanti saya sambung lagi ya…