Selasa, 11 November 2008

semester kedua 2008-2009

Hari ini bermulalah semester kedua saya untuk tahun akademik 2008-2009. Tiada apa-apa benda yang penting untuk diceritakan kecuali hari ini hari yang sangat memberikan tekanan kepada minda ini kerana saya belum bersedia sepenuhnya untuk memulakan pengajian semester kedua. Rehat yang saya harap-harapkan tidak dapat dipenuhi. Minda ini masih mahu rehat yang secukupnya selepas menduduki peperiksaan selama dua minggu, masih mahu menonton filem, masih mahu keluar membeli-belah. Tapi apakan daya, semuanya tidak dapat diteruskan kerana tanggungjawab untuk belajar perlu ditunaikan dahulu.

Tiada ulasan: