Jumaat, 3 Oktober 2008

Hari Kebudayaan Kolej Spicer Memorial

Hari kelmarin, 2 Oktober, 2008, kolej saya telah mengadakan Hari Kebudayaan untuk semua kumpulan seminar dari pelbagai kaum di Kolej Spicer Memorial. Hari kebudayaan ini dianjurkan pada setiap tahun dan semua peserta-peserta diberikan masa untuk berlatih bersungguh-sungguh supaya mereka dapat mempersembahkan yang terbaik.

Kumpulan seminar saya telah memilih tarian yang datangnya dari Indonesia yang dinamakan sebagai "Tari Badindin". Kumpulan seminar saya ini adalah kombinasi dari negara-negara dari Timur Jauh (Far East) seperti Malaysia, Indonesia, Cina, Thailand, Korea, Taiwan, dan Kemboja.
Seronok menarikan tarian Indonesia ini. Tarian ini seakan-akan "Dikir Barat" kalau dibandingkan di Malaysia tapi bezanya, tarian Dikir Barat menggerakkan tangan sambil menyanyi tapi Tarian Badindin hanya menggerakkan tangan dan bahagian atas badan tanpa menyanyi.

Ini ada gambar-gambar kami sewaktu mempersembahkan tarian ini.

Tarian Badindin






Tiada ulasan: