Rabu, 8 Oktober 2008

peperiksaan lagi

Nah, peperiksaan untuk semester ini tak lama lagi akan bermula. Peperiksaan sebenar akan bermula pada 22 Oktober 2008. Kalau kamu bertanya adakah saya sudah bersedia atau belum untuk peperiksaan semester ini, jawapannya memang pun "BELUM." Assignment pun belum siap...berlambak tau...saat-saat beginilah kepala saya boleh jadi binggung..tapi tak apa, saya akan berusaha menyiapkan assignment ini satu persatu, lama-kelamaan akan siaplah semuanya sebelum datelinenya kan..kan..doakan saya ya..

Jumaat, 3 Oktober 2008

Hari Kebudayaan Kolej Spicer Memorial

Hari kelmarin, 2 Oktober, 2008, kolej saya telah mengadakan Hari Kebudayaan untuk semua kumpulan seminar dari pelbagai kaum di Kolej Spicer Memorial. Hari kebudayaan ini dianjurkan pada setiap tahun dan semua peserta-peserta diberikan masa untuk berlatih bersungguh-sungguh supaya mereka dapat mempersembahkan yang terbaik.

Kumpulan seminar saya telah memilih tarian yang datangnya dari Indonesia yang dinamakan sebagai "Tari Badindin". Kumpulan seminar saya ini adalah kombinasi dari negara-negara dari Timur Jauh (Far East) seperti Malaysia, Indonesia, Cina, Thailand, Korea, Taiwan, dan Kemboja.
Seronok menarikan tarian Indonesia ini. Tarian ini seakan-akan "Dikir Barat" kalau dibandingkan di Malaysia tapi bezanya, tarian Dikir Barat menggerakkan tangan sambil menyanyi tapi Tarian Badindin hanya menggerakkan tangan dan bahagian atas badan tanpa menyanyi.

Ini ada gambar-gambar kami sewaktu mempersembahkan tarian ini.

Tarian Badindin