Selasa, 16 September 2008

Peperiksaan pertengahan semester

Saya baru saja menyelesaikan peperiksaan pertengahan semester pada minggu lalu. Sebenarnya, peperiksaan saya yang terakhir ialah pada petang hari 'Minggu' yang lalu. Aduhh..sekali diingat dengan keadaan peperiksaan ini, sangatlah BESAR tekanannya.

Saya jatuh sakit lagi pada hari Rabu yang lepas dan saya tidak dapat menghadirkan diri untuk peperiksaan yang telah ditetapkan pada hari tersebut. Saya terpaksa mengisi borang untuk permintaan menulis peperiksaan ini dan hari ini saya mendapat tahu yang saya boleh menulis peperiksaan ini. Hari untuk menulis peperiksaan ini belum ditentukan lagi. Tapi saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana membantu saya untuk menyelesaikan tuntutan peperiksaan ini.

Tiada ulasan: