Khamis, 7 Ogos 2008

Ujian Marathon

Anda yang pernah belajar di university atau kolej, saya ada satu soalan penting. Pernahkah anda belajar untuk tiga ujian dalam satu hari dan ujian-ujian ini hanya ujian yang pendek tapi perlu juga persediaan yang rapi? Mungkin juga anda pernah melaluinya.

Ahhh...nahh..untuk pemberitahuan semua, hari ini saya ada tiga ujian dalam sehari..kepala sakit ni..berabis belajar konon..nasib juga selepas satu ujian tu saya masih ada masa untuk mengulangkaji untuk selama lebih kurang dua jam. Ujian kelas saya yang pertama ialah pada jam 8 pagi, ujian untuk kelas kedua ialah pada jam 12 tengahari, dan ujian terakhir sepatutnya dijalankan pada jam 3 petang tapi pensyarah tiba-tiba ada hal penting yang dia perlu uruskan jadi ujian itu telah di ubah ke tarikh yang lain...mungkin esok. Dia tidak sempat umumkan tapi kalau bukan esok, minggu depan masih akan ada ujian sebab ujian untuk kelas ni diadakan setiap minggu...nahhh...baru tau si Jovita..kena belajar macam gila babi la ni..hehehe...nasiblah otak saya ni ada short term memory bilang inggilis...

Tiada ulasan: