Sudah tiga hari saya mengajar untuk Praktikum di Spicer Higher Secondary School. Pelajar-pelajar di kelas Standard 6 baik-baik belaka. Tiada masalah disiplin yang serius, cuma nakal-nakal sikit saja itupun saya dapat kawal dengan baik. Penyampaian kandungan pelajaran saya mestilah bagus, tapi apabila sampai kepada aktiviti untuk pelajar-pelajar, mereka menjadi sedikit nakal. Aktiviti kelas membuatkan mereka berasa bebas kerana mereka boleh berinteraksi sesama sendiri. Mereka pandai mengambil kesempatan. Saya mengarahkan mereka untuk membincangkan satu tajuk tapi lain pula yang dibincangkan...haiyaaa....
Hari kedua praktikum saya, guru kelas untuk Standard 6C duduk di kelasnya untuk membuat pemerhatian. Selepas masa pengajaran tamat, guru kelas itu mendekati saya dan berkata, "Jovita, your teaching was good but I think you have to change your accent." (Jovita, pengajaran kamu baik tapi saya rasa kamu perlu menukar cara kamu bercakap dalam bahasa Inggeris) Maksudnya, saya perlu menukar accent saya untuk mengajar dalam bahasa Inggeris India...hahaha...bukankah lawak tu? hmm...tapi saya tidak akan menukar accent ni...Accent yang saya ada sekarang ni pun cukup baik. Tak payah ditukar-tukar lagi....kan...kan...

Memberikan tumpuan kepada pelajaran

Anak-anak sekolah harapan India

Pelajar-pelajar perempuan yang bijak pandai

Aishwarya (kanan) sedang menikmati makanan
bersama temannya
2 ulasan:
apa salahnya bunyikan bahasa inggeris dalam lenggok india.. hehe cuba la.. mungkin menarik dan sesuatu yg baru dan seornok bagi kita yg bukan berbangsa india.
mungkin murid2 terlibat dalam mengusik kembali kita, tapi sekurang2nya, mereka ada 'arah' daripada bergelumang dengan rakan-rakan tanpa memerhatikan kita...
apapun, tujuan pengajaran sebenarnya bukan mutlak kepada apa cara kita menyampaikan ilmu... tapi sejauh mana ilmu itu dapat dipelajari oleh murid2. kan?
so, baik juga pengajaran ilmu dalam sebutan inggeris yang betul tanpa pengaruh budaya tempat.
mungkin bolehlah juga berbahasa inggeris dengan bunyi keindiaan tapi untuk saya tidak natural sama sekali...orang boleh tau yang saya ni bukan pun orang India...hehehe..
lagipun murid2 tu perlu juga mendengar orang dari negara lain berbahasa inggeris dalam bunyi bahasa mereka...
idea mick memang bagus juga...
Catat Ulasan