Jumaat, 22 Ogos 2008

acara puji-pujian ditunda

Acara puji-pujian yang sepatutnya diadakan malam Jumaat ini telah ditunda ke hari yang sama minggu depan. Ini adalah untuk memberikan laluan kepada seorang tetamu penting yang akan berkhotbah di mimbar gereja Spicer malam ini. Saya sebenarnya gembira juga dengan penundaan acara ini kerana kami penyanyi-penyanyi belum bersedia untuk menyanyikan lagu-lagu yang telah disusun. Tambahan lagi kami perlu berlatih dengan pemuzik-pemuzik yang sangat bertalenta. Mereka telah menyusun muzik untuk lagu-lagu yang akan dipersembahkan, oleh kerana itu, penyusunan muzik mereka dan lagu-lagu kami perlu dilakukan dengan penuh hati-hati. Tak adalah sampai pitching lari....hehehe....

Tiada ulasan: