Isnin, 21 Julai 2008

Pengkhotbah Korea-Amerika

Untuk perhatian: Sabat lalu tiada pengkhotbah yang bersemangat sampai berapi-api dan berteriak-teriak semasa berkhotbah kerana pengkhotbahnya ialah seorang yang lembut yang berbangsa Korea-Amerika dari Andrews University, Michigan, America Syarikat. Dia bukan sahaja menyampaikan khotbah yang sangat memberikan inspirasi tetapi juga menaikkan semangat kerohanian saya. Bahasa Inggeris yang dia gunakan juga sangat jelas dan mudah difahami yang saya kira budak awal belasan tahun juga boleh memahaminya.

Dari petikan khotbahnya antara lain menyatakan bahawa “memberi pujian kepada Tuhan, berdoa kepada Tuhan dan mempunyai hati yang telus untuk Tuhan akan membuatkan hati kita gembira untuk segala tujuan pujian kepada Tuhan.” Bukankah pelajaran ini sangat mudah untuk difahami dari pengkhotbah yang tidak berteriak-teriak macam terkena belacan?

Saya sangat diberkati dan berterima kasih dengan pengkhotbah ini dan juga peluang yang diberikan kepadanya oleh gereja Spicer sebelum dia berangkat kembali ke pangkuan keluarganya di Amerika Syarikat semalam. Tuhan akan sangat memberkatinya!

1 ulasan:

Furen Laoshi berkata...

hehe...saya tidak tahu pula kena belacan orang boleh berteriak-teriak juga?