Rabu, 16 Julai 2008

Pengkhotbah India

Saya selalunya berasa sangat gembira apabila tibanya hari Sabat di India, tetapi itu tidak bererti yang saya selalu berasa gembira dengan acara gereja di sini. Terus-terang saya mengatakan bahawa acara-acara gereja di sini terlalu lambat, konservatif, dan sangatlah membosankan. Seringkali acara-acara gereja ini tidak berjaya mengundang anggota-anggotanya untuk mengikuti acara-acara yang sedia ada. Kadang-kadang pelajar2 yang hadir pun bukan disebabkan oleh acara-acara gereja tetapi hanya untuk menampakkan muka mereka dan mengikut peraturan asrama. Sangat menyedihkan sekali bukan??

Bagi saya, satu perkara yang sangat kurang menyenangkan di gereja Spicer ini ialah pengkhotbah yang berteriak seakan-akan Tuhan tidak mendengar dan seakan-akan orang di gereja tidak mendengar. Yalah...minta perhatianlah tu tapi sakit telinga saya dengarnay..bukan main lagi tau. Ni pengkhotbah orang-orang India selalu buat begini. Selalunya kalau ada pengkhotbah yang berteriak-teriak semasa berkhotbah saya tutup satu telinga...biarlah saya tidak dengar dengar jelas tapi kalau dia berteriak masih boleh dengar tau...masih jelas lagi..hmm...aiyoo...kesian telingaku ni...

4 ulasan:

Little Mike (LM) berkata...

mungkin disebabkan budaya mereka? Tidak tahu la. Tapi jika dinilai dari segi apa yang ditulis melalui artikel ini, sya dpt sedikit gambaran akan suasana tersebut.

Mungkin kaedah begitu mereka beranggapan ia sesuatu yg bersungguh2, bersemangat atau barangkali ko ada di sana, sangat mudah 'perhatikan' di kalangan audiens.. :) jadi kena la berabis utk melihatkan keterampilan mereka dengan maksud cuba memberikan persepsi kepada pelawat, gereja ini mempunyai pengkotbah yg berapi2..

mereka tidak sedar kesannya pada audiens. Kasihan dengan pelajar yg semata-mata menghadirkan diri kerana terpaksa menghadiri gereja disebabkan 'protokol' bukan kerana kehendak yg ihlas... sesuatu perlu dilakukan oleh pihak gereja berkenaan..

Jovita berkata...

kalau berapi-api pun kena ada batasnya juga kan...

tapi microphone tu memang selalu pecah bunyi sebab saya perasan apabila pengkhotbah berteriak petugas-petugas cuba untuk mengawal microphone..mereka akan kecilkan bunyi dan pengkhotbah tu akan lebih berteriak..nahhh...

memang ramai yang tidak senang dengan khotbah yang sebegini...tapi apa boleh buat terpaksa duduk diam dan bertahan saja...

Little Mike (LM) berkata...

adeh... begitu la pula.. kenapa churh committee tidak perlahan-lahan berbincang dengan ahlinya supaya biar pun bersemangat dalam memberikan kotbah tapi masih dilingkungan konteks penyampaian yg 'harmoni' yg lebih mampu sampai ke minda audiens..

lucu juga sya membaca bila jovita bercakap tentang 'kesibukan' para petugas mengawal mikrofon... kesian diorg.. pengkotbah pula satu, kerana ada kawalan mikrofon, semakin pula dia rasa kekurangan 'rempah' dalam intonasi ucapan.. hehe... berlumba-lumba la pula kan siapa lebih kuat suara, siapa mahir kawal pc sistem..

Jovita berkata...

saya rasa keadaan begini mungkin tidak dpt dikawal dengan baik sebab walaupun chch committee itu sudah berbincang dengan pengkhotbah, mereka tidak akan mematuhi persetujuan..mungkin ikut sedap hati mereka saja....

pengkhotbah hari ini bagus, tidak berapi-api dan khotbahnya sangat baik..dia pengkhotbah dari Korea..nanti saya tulis tentangnya..