Selasa, 1 Julai 2008

biasa-biasa je

Nahh….setelah sekian lama dalam pertimbangan dan penantian (aduh..macam dlm drama Melayu cerita cinta pula) maka dibukalah blog bahasa Melayu saya yang pertama yang saya memang tulis dalam Bahasa Melayu jugalah. Selama ni saya mempunyai blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris (http://msjovettpgwn.blogspot.com) sejak Feb, 2005 dan saya masih meneruskan penulisan blog itu dalam bahasa Inggeris.

Memandangkan saya ni ramai juga teman2, sahabat2, saudara-mara, sepupu2 yang penguasaan Bahasa Melayu mereka lebih dominan dan mahu membaca blog tapi dalam bahasa Melayu juga, oleh yang sedemikian atas pertimbangan yang mendalam (aiseymen...) blog ini berjaya diwujudkan. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini dapatlah kalian semua mendapat berita terbaru daripada saya atau sekadar berkongsi pendapat. Aduh...bukannya senang ada dua blog tau...takut2 blog saya yang satu tu pula akan terabai jadi saya mesti aktif menulis untuk kedua-duanya sekali la kan.....

Saya ni memang suka menulis sejak dari sekolah rendah lagi. Kalau guru bahasa Melayu suruh tulis karangan tu, nahh memang saya sukahati besar la tu, apa lagi kalau cikgu bagi 'tajuk bebas' maksudnya apa2 tajuk pun boleh ditulis nahh, di situlah saya berhabis-habisan menulis. Tapi kan saya dah lama tidak menulis dalam bahasa Melayu. Ini kes janggal ni. Harap2 bahasa Melayu saya ni tidak lintang-pukang...bukan macam saudara Mickey tu yang pakar dalam bahasa Melayu. Saudara Mickey, blog kamu memang saya salute dan saya suka penggunaan bahasa yang anda guna.

Blog ini ialah blog peribadi yang akan mengandungi pelbagai perkara dan segala apa saja yang saya lalui seperti pengalaman pahit dan manis, luahan perasaan, kejayaan dan kekalahan, pendidikan, kanak2, hiburan dlm bentuk muzik dan movie, keagamaan (Kristian), percutian, keluarga, kawan2, isu2 semasa seperti politik dan apa2 sajalah yang berkenaan. Jadi kalau anda berasa seperti tersinggung, marah, tidak puashati, atau gembira setelah membaca isi kandungannya anda bolehlah bagi komen. Boleh saya bagi penjelasan.

Aduh..panjang dah ni..nah mulalah tu melalut. Ok, saya berhenti di sini dulu…nanti saya sambung lagi ya…

3 ulasan:

Little Mike (LM) berkata...

Hi,

Terima kasih atas pengiktirafan terhadap blog saya. Saya bukan mahir dalam hukum2 bahasa Melayu.. mungkin saya lebih cenderung kepada penulisan kreatif kerana disiplin penulisan kreatif membebaskan kita kepada segala kemahuan untuk menulis. Macam mana pun, dari segi tatabahasa dan sedikit pengetahuan akan kepenggunaan Bahasa Melayu, saya kena berhati-hati juga..

bagaimanapun, syabas kerana berjaya memiliki blog yang ditulis dalam bahasa..

saya tidak berapa pandai dan tidak berminat dalam bahasa English sekalipun saya suka membaca berita dalam suratkhabar inggeris. Bagi saya dapat memahami bahasa tersebut agak memadai...

Jovita berkata...

Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan yang sangat baik dengan blog saya ni..

blog Mike tu sangat menarik bagi saya kerana penggunaan bahasa yang cekap dan kreatif...memang saya pembaca setia blog kamu...

Little Mike (LM) berkata...

Trima kasih atas kata-kata baik begitu. Sesiapapun mampu menulis.. yang penting tulisan itu dalam apa pun pengisiannya, menulis dimulakan bersumberkan sesuatu yang datang terus daripada hati dan menulis.. dan menulis.. sambil bereksperimentasi dengan khayal akal.. kadang2 kita tidak sedar kita sudah selesai menulis.

adakalanya saya mengulangi membaca berkali-kali apa yg saya tulis. macam satu pengalaman menulis separuh sedar.. hehe. tapi saya masih ada kesedaran diri.. haha!!