Minggu, 16 Agustus 2009

selesema babi

ya, perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang, apa lagi kalau bukan influenza A (H1N1 flu)...di Malaysia setakat ini jumlah kematian telah meningkat kepada 62 orang....teruknya....di India pula, jumlah kematian yang telah disahkan ialah 24 orang...setiap hari bilangan orang yang tewas dengan kes ini meningkat...

saya sebenarnya tidaklah terlalu takut dengan H1N1 ni tapi yang saya takut orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan penyakit ini...orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kebersihan supaya tidak dihidapi penyakit ini...susah kalau kena jangkit oleh penyakit ini...

Selasa, 07 Juli 2009

Selamat Ulangtahun!

Hari ini hari ulangtahun saya yang ke_...umm, yang berpuluh tahun da...hahaha...malulah mau share umur saya di sini. Tak payah share la ya...yang penting saya masih hidup dan sihat oleh kerana kuasa Tuhan, dan hari ini tambahlah lagi umur tu...tambah tua da...hehehe...

Celebrate birthday party? Entahlah, mau raikannya atau tidak...bajet tu ada juga tapi saya terlampau ramai kawanla...kalau dijemput semua habislah juga bajet tu...hahaha...tapi saya ni pro birthday party...siok juga kalau ramai kawan yang datang untuk celebrate, saya happy sangat...tapi tengoklah kalau ada masa dihujung minggu ni...kalau ada tolong masak anytime ada party...

Senin, 27 April 2009

percutian

Wah...dah lama ni! Sudah tiga bulan saya mendiamkan diri dari menulis di blog Melayu ni. Kesiannya, macam dianaktirikan pula blog ini ya. Itulah juga ketakutan pertama yang saya ingat boleh berlaku sebelum memulakan blog ini. Inilah kalau ada dua blog, blog ini menjadi tidak aktif disebabkan saya lebih banyak meluangkan masa di 'simply my humble harbinger' blog tu. Tapi ok, saya akan luangkan sedikit masa saya untuk blog ini, pada hari ini.

Saya sudah hampir menamatkan percutian kolej musim panas saya di kampung yang tercinta, dan tentu sekali saya telah banyak meluangkan masa dengan keluarga saya. Selain daripada itu, saya berkesempatan untuk melawat sepupu-pupu saya yang tinggal di kampung yang berdekatan dan sempat bertukar-tukar cerita. Ada juga cerita yang mengejutkan dan ada juga cerita yang biasa didengar. Memang ada juga kemajuan sepupu-pupu saya ni. Bagus...

Tanpa saya ketahui, kakak ipar saya telah melahirkan anak perempuan yang sihat dan comel yang dinamakan Arissa pada dua setengah bulan yang lalu. Ini memang satu kejutan yang bagus. Saya gembira dengan anugerah Tuhan ini. Akan tambahlah lagi keriuhan di rumah keluarga kami.

Aktiviti yang paling saya suka semasa dalam percutian kali ini ialah, saya dapat meluangkan masa untuk membaca buku yang bertajuk "The Kitchen God's Wife" yang ditulis oleh Amy Tan dan juga majalah kegemaran saya iaitu 'Readers' Digest'. Banyak sekali yang saya dapat dari membaca buku dan majalah ini. Saya sudah memulakan buku yang baru pula.

Kamu tahu tak, saya ada masa untuk bersenam. Beberapa kali semasa dalam percutian ini, saya dapat bersenam dekat rumah saya dan juga di dalam rumah saya. Seronok bersenam tanpa ada habuk yang tebal bukan seperti di Pune, India. Situasi di kampung sangat menyegarkan. Boleh 'jogging' di padang atau kebun atau buat arobik di rumah.

Saya dapat juga berjumpa dengan kawan karib saya semasa di kolej dulu, Lollie namanya. Dia semakin hari semakin cantik dan matang. Syukurlah saya dapat berjumpa dengan dia. Saya mahu juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain tapi tak dapat sebab tempat mereka tinggal tu jauh dan sukar untuk dihubungi. Saya tak tahu nombor mereka.

Ya, memang seronok sekali percutian saya pada kali ini, memang selalu seronok kalau saya dapat balik kampung. Jadi, begitulah cerita percutian saya ni. Mungkin taklah seronok sangat kalau kamu baca dapat kalau kamu dapat rasakannya lagi seronok.

Saya akan kembali ke India pada malam esok tapi percutian saya belum habis lagi sebenarnya. Saya masih akan bercuti tapi percutian saya itu diteruskan di India. Harap-harap dapatlah kamu dengar lagi dari saya ya.

Ok, ini saja untuk kali ini.

Jumat, 09 Januari 2009

cinta tiga segi??

Apa yang perlu ditulis hari ini ya??..biar saya fikir dulu...hmmm..oh ya, saya ada cerita pasal dua rakan sekelas saya, yang satu tu perempuan boleh tahan juga cantik dan yang satu lagi tu lelaki handsomeee dan pamos (famous) di kolej..memang pamos la sebab dia ni sangat berbakat dalam bidang muzik dan nyanyian dan hampir semua orang kenal dia la..jadi nahh ni lelaki handsome jatuh cintalah sama ni perempuan cute..hmmm...saling jatuh cinta. Mari saya panggil ni perempuan dengan nama Kathy dan tu lelaki Terrence. Nah..tadi saya cakap mereka ni saling jatuh cinta kan..tapi, pssttt..kedua-duanya sudah ada pasangan masing2...si Kathy memang sudah ada boyfriend dan si Terrence pun ada juga girlfriend..adiiii...macam mana ni? Napa boleh jadi macam ni? hmm...entahlah juga...

Macam mana si Kathy dan Terrence start hubungan mereka ya? hmm...saya sangat bertuah sebab kedua-duanya ni telah membuat pengakuan cinta mereka di hadapan saya dan juga beberapa orang kawan lagi..jadi saya dapatlah cerita first class mereka ni..


ceritanya macam ni..pada satu hari yang sangat tidak bertuah untuk si Terrence, dia mintalah nombor handphone si Kathy dari seseorang tapi nombor tu salah pula...entahlah sepa juga bagi dia nombor yang salah tu..hehe..nah, dia panggil pun kan salah nombor...tapi dia tidak putus asa tau sebab keesokkan harinya si Terrence pergi kelas dan memberanikan dirinya untuk bertanya nombor si Kathy...ini ialah antara perbualan mereka...

Terrence: Hai Kathy, saya panggil kamu kelmarin tapi teda orang jawab, betulkah nombor ni? {Si Terrence menunjukkan nombor yang salah tu kepada si Kathy..}

Kathy: Oh..nombor tu salah la...itu nombor lama yang saya tidak guna lagi..ini nombor saya yang betul..{si Kathy pun memberikan nombor yang sah betul kepada si Terrence.

Terrence: Oh..patutlah teda orang jawab sebab salah nombor..terima kasih yaa...

Kathy: Ok, teda masalah...

Terrence: saya bagi miss call untuk kamu ok..{dan dia bagilah miss call dengan si Kathy dan si Kathy pun save nombor itu}

Kathy: ok terima kasih ya..

Terrence: ok…ok……

Kathy: saya perlu pergi kerja sekarang...{si Kathy ni bekerja si salah sebuah company swasta-kerja sambil belajar}

Terrence: jumpa lagi nanti...

Kathy: ok..bye...{si Kathy meninggalkan kampus kolej}

Wah, dalam hati punyalah happy si Terrence sebab dia sudah dapat nombor si Kathy. Dua hari selepas itu si Terrence dapat panggilan telefon tapi bukan nombor handphone. Dia jawab panggilan tu, wah...ko tau sepa yang call? Si Kathy bahhh...dia guna telefon dari office untuk call si Terrence..aduuhh..happy bukan main lagi...dipendekkan cerita panggilan telefon ni menjadi rutin untuk kedua-duanya...si Terrence call si Kathy waktu awal pagi, jam 7.30m sehinggakan teman sebilik si Terrence ni terganggu sebab masih awal ba kan tu...Si Kathy pula buat panggilan dari office...ni scenario berulang-ulang. Pada suatu hari, si handsome Terrence dan cantik Kathy pun buatlah perjumpaan dan mereka bertemu…pertemuan mereka berterusan sehinggalah ke hari ini...

apa? pasangan mereka? oh..sangat menyedihkan..si Kathy punya ex-boyfriend sebenarnya handsome dan baik hati juga...ni saya dengar cerita dari sumber2 yang terdekat..saya pernah nampak tu ex-bf dia..memang handsome juga..kulitnya cerah dan pakai kaca mata...si Terrence punya ex-girlfriend pun cantik dan tinggi lagi tu..kulitnya pun putih cerah...mereka ni sudah lama bercinta, 3 tahun..eh, lamanya tu...mesti mereka ni sudah saling faham memahami..tapi aduhh kesian la untuk kedua-dua pasangan si Terrence dan Kathy sebab mereka dikecewakan...Si Kathy mau menerima cinta dari si Terrence jadi si Kathy ni pun terima la cintanya dan memutuskan perhubungan dengan boyfriend lamanya..sampai hati ko Kathy...begitu jugalah dengan girlfriend si Terrence, dia putuskan hubungan mereka yang sudah 3 tahun lamanya tu..adidi..sakit hati si gadis tu..tapi apa boleh buat, itu yang si Terrence mau dan gadis cantik itu pun terpaksa akur juga...

kesian kan...tapi entahlah..kadang2 orang buat keputusan macam ni sebab pentingkan diri sendiri dan memang ada juga yang setelah beberapa tahun bercinta mereka menyedari bahawa cinta mereka tidak akan ke mana-mana...tapi keputusan yang mendadak tanpa bau ni memang sangat sukar untuk diterima...bekas teman lelaki dan teman wanita ni memang sangat sakit hati kerana dikecewakan...saya simpati tapi saya tak boleh buat apa2 kan...kehidupan memang macam tu kadang-kadang...

sebelum si Terrence jatuh cinta dengan si Kathy, dia pernah jatuh cinta dengan teman baik saya, Imelda, yang juga rakan sekelas kami semua...tapi memang si Terrence ditolak bulat2 kerana Imelda tahu yang si Terrence kan ada girfriend waktu tu...hairan kan..tapi kesian2...

begitulah cerita cinta antara kawan-kawan sekelas saya ni...ada-ada saja...